….WELCOME TO MY BLOG…

Selasa, 4 Mei 2010

liku–liku perjalanan hidupku

Aku seorang pelajar yang ingin berjaya dalam semua aspek yang aku ceburi dan aku juga ingin menjadi orang yang terpandang dan sentiasa disanjung tinggi namun semua itu hanya angan-angan kosong sahaja.Oleh itu,aku berazam ingin mengubah nasibku ini menjadi lebih baik.Kadang-kala aku berasa hangat hati dengan lumrah dunia tetapi aku menyedari bahawa semua ini telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.
Ibu bapaku juga tidak mampu menampung perbelanjaan hidupku bersama adikku apatah lagi perbelanjaan sekolahku.Oleh itu, aku telah mandi keringat di sawah peninggalan datukku untuk meringankan beban kedua ibu bapaku.
Usiaku juga telah mencapai dua belas tahun.Wang simpananku juga
telah cukup untuk membayar yuran sekolahku.Ibu bapaku juga tidak percaya dengan apa yang telah aku lakukan karana bagi ibuku semua ini hanya sia-sia karana hanya menunggu kucing bertanduk.Akan tetapi aku telah membuktikan bahawa di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.
Di sekolah,aku sering diejek oleh rakan-rakanku kerana keadaan hidupku yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun
begitu,aku hanya bersikap telinga tempayan dan terus belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh kerana aku sedar bahawa peperiksaan UPSR sudah hampir tiba dan aku harus bersedia.
Walaupun guru-guru di sekolahku tahu batapa perihnya menghadapi ejekan daripada rakan-rakanku namun,mereka tahu aku masih boleh memberikan keputusan yang baik kepada ibu bapaku dan mengukir senyuman yang manis kepada guru-guruku.Sungguh pun begitu,aku tetap menyembunyikan kebolehanku seperti harimau menyambunyikan kukunya.
Hari yang sangat mendebarkan telah pun tiba iaitu peperiksaan UPSR.Aku berusaha semaksima mungkin untuk menjawab soalan tersebut dengan tepat.Aku juga tidak lupa untuk mengingat semula apa yang telah aku hafal dan paraktikkan di rumah.Akhirnya, telah mencapai keputusan yang sangat membanggakan dan dapat menyentuh hati kedua ibu bapaku.Mereka sangat terharu atas kejayaanku yang mereka sendiri tidak menyangka dan mereka juga berbangga mamiliki anak yang baik seperti aku.